RCI Tidak Boleh Tentukan Hukuman - Dompok

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah kehadiran pendatang asing di Sabah tidak mempunyai kuasa perundangan untuk menentukan penghakiman terhadap pesalah seperti yang dicadangkan oleh beberapa pemimpin di negeri itu.

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok berkata penghakiman dilakukan oleh mahkamah dan RCI hanya boleh mengesyorkan bentuk tindakan yang harus diambil oleh kerajaan.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, mengulas mengenai gesaan beberapa pemimpin tertentu bahawa terma rujukan (TOR) penubuhan RCI itu harus membabitkan penentuan penghakiman dan hukuman terhadap pesalah.

Beliau berkata terma rujukan RCI itu tidak harus dipolitikkan kerana niatnya murni bagi menangani isu pendatang tanpa izin ke Sabah sama sekali.

"Saya fikir TOR cukup luas dan memadai untuk membenarkan siasatan dijalankan dari semua aspek," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sijil kepada kumpulan kedua graduan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC), di sini, Isnin.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan TOR bagi RCI itu yang dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

RCI itu diberikan tempoh enam bulan bagi menyiapkan siasatan mengenai kebanjiran pendatang tanpa izin di negeri itu. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan