PRU Tidak Mungkin Pada Oktober - Tengku Adnan

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi bayangan bahawa pilihan raya umum akan datang kemungkinan tidak akan diadakan pada Oktober.

Beliau berkata akan timbul banyak masalah jika pilihan raya diadakan pada masa itu kerana bulan tersebut adalah bulan untuk umat Islam menunaikan haji.

"Kalau kita buat juga pilihan raya pada masa itu nanti akan timbul tuduhan kata kerajaan tidak peka dengan hal-hal agama Islam. Saya tidak yakin pilihan raya akan diadakan pada Oktober," katanya kepada pemberita di sini.

Pada Jun lepas Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan meminta semua anggota parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya agar menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi pilihan raya umum.

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Putrajaya akan diadakan pada 1 September depan serentak dengan majlis sambutan hari raya Aidilfitri dan dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan