Projek PR1MA Akan Dibina Di Kuantan Tidak Lama Lagi - Berita Semasa | mStar

Projek PR1MA Akan Dibina Di Kuantan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang bertujuan menggalakkan penduduk berpendapatan sederhana di bandar-bandar utama seluruh negara memiliki rumah pertama mereka, bakal dibina di Kuantan tidak lama lagi.

Pengerusinya, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis berkata, pada masa ini pelaksanaan projek berkenaan masih di peringkat perbincangan dengan kerajaan negeri bagi menentukan jenis serta kos rumah yang bakal dibina.

"Beberapa tapak di Kuantan sedang dipertimbangkan untuk projek berkenaan. PR1MA kini sedang mengkaji selidik pendapatan purata penduduk Kuantan yang tidak memiliki rumah dan beberapa faktor lain seperti jenis rumah yang bakal dibina dan kos seunit rumah.

"Jika ramai yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, kita akan bina rumah yang mampu dia bayar kerana kita tak mahu nanti kalau kita bina rumah yang melebihi pendapatan, mereka tak mampu dan tak nak beli pula," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama penduduk daerah Rompin di sini, petang Ahad.

Turut berangkat ke majlis, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan anakandanya, Tengku Hassanal Tengku Abdullah.

Mengulas lanjut, Anggota Parlimen Rompin itu berkata kediaman tersebut yang akan lebih murah 10 hingga 20 peratus dari harga pasaran bakal dibina mengikut konsep komuniti 1Malaysia, iaitu akan dilengkapi dengan Kedai Rakyat 1Malaysia dan lain-lain kemudahan di bawah inisiatif 1Malaysia.

"Bagi menjamin faktor keselamatan ia juga akan dibina berkonsepkan 'Security Affordable House' atau rumah mampu milik yang selamat iaitu kawasan perumahan itu nanti akan dilengkapi sistem keselamatan sendiri.

"Ada pegawai keselamatan dan penduduk di kediaman berkenaan akan mempunyai kad akses untuk kediaman mereka," katanya.

Katanya projek berkenaan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada majlis tersebut, Tengku Azizah dan Tengku Hassanal turut menyampaikan sumbangan sempena Aidilfitri kepada penduduk Rompin yang kurang berkemampuan, warga emas dan anak yatim. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan