Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Kutuk Tindakan MP Australia

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Salman Ahmad mengkritik keras kenyataan beberapa anggota Parlimen Australia yang memberi gambaran negatif terhadap pelan pertukaran pencari suaka antara kedua-dua negara itu.

"Kami melihat ia sebagai tidak adil bahawa debat demokrasi ini dijalankan ketika Malaysia mempunyai reputasi baik dan nilai yang kukuh," kata Salman dalam suratnya kepada anggota Parlimen Australia, yang dihantar kepada Bernama pada Isnin selepas kandungannya dibocorkan kepada media Australia.

Salman berkata beliau 'sangat bimbang dengan gambaran negatif berterusan terhadap negara saya di Parlimen yang telah didedahkan kepada media dan orang awam'.

"Walaupun kita benar-benar faham semua pihak di Parlimen ingin menggunakan dasar paling berkesan melindungi sempadan negara terhadap kemasukan pendatang yang menyalahi undang-undang, tindakan menjatuh dan mencemarkan nama baik negara lain tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Salman berkata Malaysia telah menandatangani perjanjian pertukaran pelarian dengan niat ikhlas bagi memerangi jenayah kejam penyeludupan dan pemerdagangan manusia selaras dengan proses persetujuan serantau.

Menerusi perjanjian itu yang diputuskan selepas perundingan mendalam dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR) dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), beliau berkata pertubuhan-pertubuhan itu akan bersungguh-sungguh terlibat dalam menyediakan sokongan dan bantuan yang diperlukan dalam operasi melaksanakan perkara itu.

Di bawah pelan pertukaran pencari suaka, Australia akan menghantar 800 pemohon suaka ke Malaysia dan sebagai balasan mereka mengambil beribu-ribu pelarian bertujuan menghalang kemasukan pendatang melalui bot haram.

Ia telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Australia dan kerajaan tidak mampu untuk mendapatkan jumlah sokongan mencukupi di Parlimen bagi meneruskannya.

Pembangkang telah keras mengutuk perjanjian Malaysia atas alasan bahawa hak asasi manusia tidak akan dilindungi, merujuk kepada keengganan Malaysia menandatangani konvensyen pelarian.

Salman berkata kerjasama Malaysia dengan UNHCR dalam menempatkan semula pelarian ke negara dunia ketiga telah dilaksanakan sejak sekian lama.

Beliau memberi contoh rekod Malaysia dalam menangani masalah pelarian Vietnam sebagai 'jelas membuktikan komitmen ikhlas kami menyelesaikan masalah orang-orang pelarian.'

"Hari ini, terdapat lebih 99,000 orang yang memerlukan perhatian, yang mana UNHCR mengkategorikan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia. Di samping itu, Malaysia terpaksa menangani masalah 1,303,126 pekerja asing tanpa izin," katanya.

Salman berkata hakikat bahawa Malaysia tidak menandatangani konvensyen pelarian tidak perlu dilihat sebagai penghalang 'memupuk inovatif dan perkongsian strategik serantau dengan tujuan menangani jenayah-jenayah ini dengan lebih berkesan' kerana Malaysia telah melaksanakan satu penyelesaian serantau dalam menangani isu penyeludupan manusia.

"Bagaimanapun, kami merasakan retorik politik dan gambaran negatif terhadap Malaysia akan menjejaskan aspek positif hubungan kami dan mengurangkan kerja baik yang dicapai setakat ini dalam usaha kita bersama memerangi industri tidak sah ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan