Peruntukan RM70.2 Juta WPP Kepada Pelajar Sesi Kemasukan September - Berita Semasa | mStar

Peruntukan RM70.2 Juta WPP Kepada Pelajar Sesi Kemasukan September

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntuk RM70.2 juta lagi sebagai bayaran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) kepada 46,824 pelajar bagi sesi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta September ini.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamad Said berkata wang pendahuluan sebanyak RM1,500 untuk setiap pelajar itu membolehkan mereka membuat pelbagai bayaran sekaligus meringankan bebanan mereka.

Katanya sehingga 31 Julai lepas, PTPTN mengeluarkan peruntukan RM856.9 juta bagi WPP kepada 583,634 pelajar.

"Setakat akhir Julai lalu, PTPTN memberi pinjaman lebih RM44 bilion kepada seramai 1.94 juta pelajar melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara," katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa di Kampung Peragap Kerdau di sini, Ahad.

Beliau berkata peruntukan tersebut bertambah setiap tahun berikutan ramai pelajar melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Menurutnya peruntukan itu membuktikan bahawa kerajaan komited dalam memberi pembiayaan pendidikan kepada rakyat di negara ini tanpa mengira kaum atau fahaman politik. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan