Penduduk Sandakan Digesa Sokong Musa, PM

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk VK Liew menggesa penduduk Sandakan memberikan sokongan padu kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kedua-dua pemimpin amat komited dalam membawa pembangunan positif di negeri dan negara ini.

Semasa membuat gesaan itu, beliau berkata rakyat dapat melihat sendiri pembangunan yang sedang berlaku di Sandakan termasuk Hab Pendidikan dan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) yang pesat berkembang.

"Semua ini menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan merangsang ekonomi setempat. Kami menghargai dedikasi Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang bekerja keras membawa pembangunan (bagi Sabah).

"Sektor pelancongan juga semakin berkembang dengan pelancaran sebuah hotel antarabangsa lima bintang di dataran Sandakan Harbour yang terkenal ini.

"Malahan bandar lama di Sandakan dan perniagaan di Central Market semakin rancak berikutan penduduk kini mula kembali ke sini. Saya yakin lebih banyak peluang perniagaan akan wujud dan ini akan membantu mewujudkan lebih banyak peluang kerja dan merangsang lagi ekonomi setempat," katanya pada majlis berbuka puasa yang dihadiri lebih 2,000 pemilih berdaftar di Dewan Orang Ramai Sandakan di sini.

Liew berkata rakyat perlu terus memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) kerana ia terbukti berupaya memperjuangkan kebajikan rakyat. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan