Palanivel Dikatakan Bakal Bertanding di Cameron Highlands

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dijangka akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya umum akan datang.

Kerusi itu sekarang disandang oleh Datuk S.K. Devamany.

Akhbar The Star melaporkan, selain daripada itu, MIC juga telah mengenalpasti calon-calonnya untuk sembilan kerusi yang bakal ditandinginya nanti.

Palanivel sebelum ini adalah wakil rakyat Hulu Selangor selama empat penggal sebelum beliau tewas kepada calon PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada pilihan raya 2008 dengan hanya 198 undi.

Bagaimanapun pada pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010 ekoran kematian Zainal, Palanivel tidak diturunkan semula.

Sebaliknya Barisan Nasional telah meletakkan P.Kamalanathan menentang calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

Palanivel yang kini merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri dikatakan telah menyenaraikan 58 calon dengan dua nama untuk dipilih oleh pucuk pimpinan BN di sembilan kawasan parlimen dan 19 kerusi dewan undangan negeri.

Pada pilihan raya umum yang lalu, MIC menang di tiga kerusi parlimen dan tujuh kerusi dewan undangan.

Ketiga-tiga ahli parlimen itu ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam (Segamat); Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan (Tapah) dan P.Kamalanathan (Hulu Selangor).

Ketiga-tiga mereka dikatakan akan dicalonkan semula di kawasan masing-masing.

Sementara Devamany pula kini akan diletakkan di Sungai Siput manakala Setiausaha Agung, Datuk S. Murugessan disebut-sebut bakal bertanding di kerusi Parlimen Teluk Kemang.

Pada 2008, beliau bertanding di Subang tetapi tewas.

Bekas Ketua Pemuda MIC, S.A. Vigneswaran juga dikatakan bakal bertanding di kerusi Kota Raja.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan