Lebih 1,500 Sukarelawan Bantu Polis Kawal Kawasan Kejiranan

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kehadiran anggota sukarelawan diharap dapat mengurangkan kadar jenayah pada cuti Hari Raya.
Kehadiran anggota sukarelawan diharap dapat mengurangkan kadar jenayah pada cuti Hari Raya.

SERDANG: Lebih 1,500 ahli sukarelawan akan bekerjasama dengan polis peronda untuk mengawasi rumah di kawasan kejiranan yang ditinggalkan pada cuti sempena sambutan Hari Raya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang melancarkan kempen sukarelawan cegah jenayah peringkat negeri pada Ahad, berkata, langkah itu adalah seiring dengan pendekatan keselamatan yang ditetapkan dalam Ops Selamat yang dilancarkan baru-baru ini.

Ops Selamat fokus dalam memastikan pemilik kediaman memastikan harta benda mereka dalam keadaan selamat sebelum pulang ke kampung pada cuti Hari Raya.

Mereka turut digesa supaya berhati-hati di jalan raya.

"Dengan kehadiran sukarelawan ini, kami berharap dalam menghalang pencuri melakukan jenayah," katanya.

Kempen tersebut yang bermula 15 hingga 25 Ogos ini akan melibatkan sukarelawan dari Persatuan Kepolisan Masyarakat Selangor, kumpulan peronda di pelbagai kawasan kejiranan dan pemandu teksi yang meronda di jalan raya untuk mencegah jenayah.

Tun Hisan berkata, sukarelawan tersebut memainkan peranan penting dalam strategi untuk menjamin Hari Raya yang selamat untuk semua.

"Mereka tahu kawasan kejiranan mereka sendiri adalah yang terbaik. Jadi mereka akan mengesan wajah yang mencurigakan dan terus menghubungi kami," katanya.

Tun Hisan berkata, sukarelawan tersebut juga akan membantu polis mengawasi lokasi jenayah sebelum polis tiba.

Dengan bantuan sukarelawan ini, polis berharap dapat mencapai kadar jenayah sifar pada musim perayaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan