Kualiti Udara Di Seluruh Negara Semakin Baik

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara semakin baik pada Isnin dengan hanya Seberang Perai 2 sahaja yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga 11 pagi tadi.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam laman webnya www.doe.gov.my menyatakan sebanyak 56 peratus kawasan di seluruh negara berada pada bacaan IPU sederhana manakala 44 peratus lagi di tahap baik.

Sebanyak 22 kawasan mencatat IPU baik, IPU sederhana (29) manakala Seberang Perai 2 mencatatkan bacaan 101.

Antara kawasan yang mencatat IPU sederhana ialah Langkawi dengan bacaan 92, Pelabuhan Klang (84), Kangar, Alor Setar dan Bakar Arang masing-masing mencatat 82.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301). - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan