Kaunter JPN Seluruh Negara Ditutup Sempena Hari Raya

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kaunter di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh Malaysia tidak akan beroperasi pada 18, 19, 20 dan 21 Ogos sempena Hari Raya.

JPN dalam satu kenyataan berkata penutupan operasi kaunter itu membabitkan JPN di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Kaunter-kaunter tersebut akan dibuka pada 22 sehingga 24 Ogos dan akan ditutup semula pada 25 dan 26 Ogos.

Sementara itu perkhidmatan kaunter JPN di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan ditutup selama tiga hari iaitu pada 18 sehingga 20 Ogos dan akan dibuka semula pada 21 hingga 23 Ogos manakala 24 dan 25 Ogos kaunter akan ditutup semula.

Menurut kenyataan itu orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat Khidmat Pelanggan JPN di talian 03-88808203/7077/7071/7067. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan