Jawatankuasa Bebas Siasat Insiden Monorel Tersangkut

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: KL Monorel menubuhkan jawatankuasa siasatan bebas dalaman untuk menyiasat secara terperinci insiden monorel tersangkut di atas landasan di Brickfields Sabtu lepas.

Pengurus Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad, Azhar Ghazali berkata jawatankuasa tersebut ditubuhkan hari ini dan disertai petugas Prasarana Negara.

"Dijangka siasatan siap awal bulan hadapan dan hasilnya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Azhar berkata buat masa ini, tren terbabit sedang dikuarantin daripada sebarang operasi.

"Penubuhan jawatankuasa ini merupakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang biasanya ditubuhkan bila sesuatu insiden berlaku," katanya.

Bagaimanapun, katanya insiden itu merupakan kali pertama berlaku sejak perkhidmatan Monorel diperkenalkan iaitu pada tahun 2003.

Sementara itu, wakil KL Monorel, Masnizam Hisham melakukan lawatan terhadap dua mangsa insiden tersebut yang dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur.

Masnizam dalam satu kenyataan berkata seorang daripada mangsa yang mengandung lima bulan, Nur Afiqah Ghazali, 25, menceritakan ketika kejadian, dia bersama suaminya dalam perjalanan untuk membeli-belah tetapi tidak menyangka insiden itu berlaku.

"Nur Afiqah berkata: "Di hospital, saya terus dimasukkan air kerana mengalami 'dehidrasi... Alhamdulilah segalanya selamat... doktor mengesahkan kandungan saya selamat," kata Masnizam.

Menurut Masnizam, seorang lagi penumpang, Rosita Aggraeni Lutfi memberitahu dia tidak dapat bercerita tentang insiden tersebut memandangkan dia pengsan selepas enjin Monorel terbabit berhenti.

"Menurut Rosita dia dalam perjalanan ke Bukit Bintang untuk menghantar baju yang syarikat sewa... tiba-tiba tren berhenti diikuti lampu dan pendingin hawa padam.

"Beliau mengalami sesak nafas dan pengsan, sedar-sedar beliau telah berada di hospital kerana menerima rawatan 'intravena' air sebelum dibenarkan pulang beberapa jam kemudian," kata Masnizam. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan