Jangan Politikkan RCI, Cara Terbaik Tangani Isu Pendatang Tanpa Izin Di Sabah

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing (RCI) tidak dipolitikkan bagi merungkai penyelesaian terbaik mengenai masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Mohd Shafie berkata semua pihak seharusnya membenarkan suruhanjaya yang dianggotai pakar-pakar perundangan berpengalaman itu mengemukakan cadangan, menyiasat dan mengkaji segala perkara dan isu-isu yang berkaitan.

"Penubuhan suruhanjaya itu merupakan satu landasan terbaik dari segi peraturan dan perundangan yang membolehkan siapa layak mendapat kerakyatan atau sebaliknya," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan warga emas di Masjid pekan Kota Belud di sini, malam Ahad.

Beliau berkata fokus sebenar RCI juga dapat menyelesaikan status sesetengah rakyat tempatan yang tidak mempunyai sijil kelahiran berikutan pendaftaran lewat kelahiran terutama di kawasan pedalaman.

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan terma rujukan (TOR) lapan perkara bagi RCI yang dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong itu dan menurutnya telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sambil mengalu-alukan suruhanjaya itu, Mohd Shafie berpendapat tempoh enam bulan adalah masa terbaik untuk membuat siasatan dan kajian mengikut terma dan syarat yang digariskan demi kepentingan rakyat di negeri ini.

"...ada sesetengah rakyat tempatan yang daftar lewat (kelahiran) jangan pula ia dikatakan pendatang tanpa izin dan RCI ada spesifik dan fokus agar jangan orang asing mendapat tempat dan orang tempatan tidak dapat," kata naib presiden Umno itu.

Beliau turut menafikan pilihan raya umum akan diadakan selepas tempoh enam bulan suruhanjaya itu menyiapkan siasatan.

"Tempoh enam bulan yang diberikan itu akan mengemukakan cadangan dan ia akan berjalan sehingga perkara ini selesai dan saya yakin (selesai) kerana data yang ada selain kerjasama semua pihak jika tidak dipolitikkan, benda ini akan selesai," katanya.

Majlis itu turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Mohd Shafie menyampaikan sumbangan makanan dan wang tunai kepada 337 anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, fakir miskin serta 38 penerima zakat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah pada majlis itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan