Hari Raya Penuh Bermakna Buat Bapa Kembar Siam

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azli menemani kedua-dua anaknya di wad pediatrik HKL.
Azli menemani kedua-dua anaknya di wad pediatrik HKL.

KUALA LUMPUR: Dia sering berulang-alik ke hospital sejak empat bulan lalu untuk menziarahi anak kembarnya yang berjaya dipisahkan bulan lalu dan akan menyambut Hari Raya bersama mereka di wad.

Namun, sambutan Hari Raya kali ini lebih bermakna buat Azli Sabran, 40, kerana kedua-dua anaknya yang berusia setahun masih hidup dan semakin sembuh selepas selamat dipisahkan pada 14 Julai lalu.

"Segala penat lelah telah dilupakan apabila teringat kedua-dua anak saya selamat," kata mekanik itu ketika ditemui di wad pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ahad.

Azli yang tidur bersebelahan anak-anaknya di wad itu berkata, dia akan berada di hospital tersebut sehingga Oktober apabila Muaiman dan Muaimin dijangka keluar wad.

"Ini adalah pertama kali saya berhari raya jauh dari kampung halaman di Segamat, Johor tetapi saya tetap berpuas hati. Ini adalah sambutan Hari Raya sungguh istimewa," katanya.

Bapa kepada empat orang anak itu berkata, dia turut membawa beberapa baju raya termasuk salah satunya berwarna hijau untuk dipadankan dengan warna di wad tersebut.

"Ahli keluarga akan melawat kami di wad pada Hari Raya ketiga," kata Azli.

Menurut Azli, isterinya berada di Johor untuk menjaga anak bongsu mereka yang berusia sebulan.

Anak sulung perempuan mereka berusia dua tahun.

Di saat dia merindui keluarganya, Azli berkata Muaiman dan Muaimin amat memerlukan jagaan dan perhatiannya.

"Perkataan pertama mereka adalah Ayah, sakit' kerana saya mencuci beberapa luka akibat pembedahan itu," kata Azli.

Muaiman dan Muaimin yang bercantum di bahagian tulang pinggul dan turut berkongsi pundi kencing berjaya dipisahkan selepas menjalani pembedahan 24 jam oleh pasukan perubatan HKL.

Pembedahan itu antara kes paling rumit dikendalikan HKL kerana kedua-duanya berkongsi pundi kencing.

Pengerusi Kelab Kembar Malaysia, Huszaini Haron yang melawat Azli dan pasangan kembar itu berkata, dia amat berterima kasih kepada doktor yang bertungkus lumus menjayakan pembedahan itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan