1MDB Ambil Alih Perniagaan Penjanaan Tenaga Genting

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menandatangani perjanjian jualan saham bersyarat bagi mengambil alih perniagaan penjanaan tenaga Malaysia daripada Genting Bhd membabitkan pertimbangan tunai kira-kira RM2.68 bilion.

Pengambilalihan itu membabitkan keseluruhan 97.7 peratus saham Genting Bhd dan anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, Genting Power (M) Ltd dalam Mastika Lagenda Sdn Bhd membabitkan pertimbangan tunai kira-kira RM2.3 bilion.

"Pengambilalihan lain dibuat oleh anak syarikat tidak langsung 1MDB, Tiara Tanah Sdn Bhd, ke atas Genting Sanyen (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung dengan 97.7 peratus milik Genting, melibatkan pertimbangan tunai sebanyak RM38.8 juta.

"Pengambilalihan itu membabitkan enam bidang tanah pegangan bebas dan tanah industri pegangan bebas berukuran 3.2 juta kaki persegi di Kompleks Industri Genting Sanyen di Kuala Langat, Selangor," kata Genting dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia pada Isnin.

Cadangan pelupusan Mastika Lagenda memberi peluang yang baik kepada Kumpulan Genting untuk memperoleh pulangan menarik pelaburannya dalam kumpulan yang diambil alih, pada harga yang terbaik berdasarkan kepentingan syarikat, katanya.

"Cadangan pelupusan Mastika Lagenda akan membolehkan bahagian tenaga kami memberi tumpuan masa dan sumber untuk membangunkan porrfolio penjanaan tenaga di luar negara," katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan 1MDB berkata pengambilalihan itu merupakan usaha untuk meningkatkan kecekapan dan tenaga lestari dalam jangka panjang, memandangkan kesediaan tenaga sangat kritikal dalam mengekalkan keyakinan pelabur dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

"Berdasarkan sektor aman swasta yang unik dan dinamil, 1MDB boleh mewujudkan sinergi baharu dan pemangkin penggunaan inovasi dalam teknologi hijau dan lestari," katanya.

1MDB ialah syarikat pembangunan strategik utama dipacu pasaran bagi membantu mengubah Malaysia menjadi ekonomi maju, yang kompetitif, inklusif dan berkekalan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan