Penganjur Himpunan Janji Bersih Dinasihat Patuhi Undang-Undang Negara - KPN

Diterbitkan: Ahad, 12 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menasihati penganjur Himpunan Janji Bersih agar tidak membelakangkan undang-undang negara ketika menganjurkan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini.

Ismail berkata hak untuk mengadakan perhimpunan bagi menyambut kemerdekaan negara adalah milik setiap rakyat di negara ini, namun berharap pihak penganjur tidak membawa sebarang agenda lain untuk kepentingan pihak tertentu.

"Saya melihat beginilah... kalau mereka nak berhimpun semata-mata untuk meraikan kemerdekaan, itu semua hak rakyat dan itulah semangat yang kita mahukan.

"Tapi saya harap mereka tidak bawa agenda untuk kepentingan pihak tertentu dan membelakangkan undang-undang negara," katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, Ahad.

Media sebelum ini melaporkan, lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos.

Ismail berkata penganjur perhimpunan juga perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012, jika mahu mengadakan sebarang perhimpunan.

Katanya, polis sentiasa berada dalam tahap bersedia dan keadaan terbaik untuk menghadapi sebarang situasi yang memerlukan kawalan keselamatan.

Di SHAH ALAM, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata sentimen politik perlu diketepikan dalam sambutan Ambang Merdeka pada malam 30 Ogos ini di Dataran Merdeka.

"Hari Merdeka ni patut kita kena ketepi hak sentimen politik dan kita kena datang di sana dengan suasana gembira, suasana perpaduan bukannya dalam suasana yang membimbangkan orang ramai," katanya selepas melancarkan Pasar Tani Khas Aidil Fitri di Shah Alam.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor berkata jika perhimpunan Bersih pada malam itu bermatlamatkan politik adalah tidak sesuai untuk mereka mengambil kesempatan pada perhimpunan rakyat yang bersatu padu ingin menyambut Hari Kemerdekaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan