Pemuda Umno Minta Kerajaan Kaji Semula Akta Keterangan 1950

Diterbitkan: Ahad, 12 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada Sabtu meminta perhatian kerajaan untuk menambahbaik Akta Keterangan 1950 yang berkuat kuasa 1 Jun lepas.

Beliau berkata akta tersebut dilihat masih ada kekurangan dan mempunyai ruang untuk diperbaiki bagi menjamin kebebasan pemilik laman web.

"Peruntukan yang dimaksudkan adalah dari segi kebebasan dan kebertanggungjawaban pihak yang mengendalikan web.

"Saya telah bangkitkan isu beban bukti kepada peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz untuk mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan," katanya kepada pemberita di Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana 1Malaysia di Masjid As-Syakirin, Sabtu.

Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran yang disertai 700 pelajar maahad tahfiz sekitar lembah Klang.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah bahawa terdapat beberapa kelemahan dalam pindaan akta itu.

Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 memperlihatkian pindaan Fasal 2 yang bertujuan mengantikan takrif Komputer yang baru lebih komprehensif dan selaras dengan takrif Komputer dalam Akta Jenayah Komputer 1997.

Fasal 3 Rang Undang-Undang tersebut pula memperuntukkan memasukkan seksyen baru, 11 4A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes yang melibatkan penyiaran melalui internet. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan