Negara Rugi RM10 Bilion Setahun Akibat Kemalangan Jalan Raya

Diterbitkan: Ahad, 12 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Negara mengalami kerugian lebih RM10 bilion setiap tahun akibat 7,000 kematian dalam kemalangan di jalan raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata ini kerana kebanyakan mereka yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian adalah dari golongan produktif iaitu yang berusia antara 15 hingga 30 tahun yang mana mereka ini mampu memberikan sumbangan kepada kerajaan.

"Purata kematian membabitkan satu kematian mengakibatkan kerugian RM1.43 juta iaitu jumlah yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan kerana kita membelanjakan wang yang banyak dari mula mereka lahir, pendidikan mereka dan kos rawatan di hospital.

"Jumlah ini untuk orang biasa tidak termasuk golongan profesional kerana kerajaan juga akan kehilangan tenaga pakar yang mampu bersama-sama menjana ekonomi negara," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau ditemui selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di Plaza Tol Sungai Dua. Turut hadir Pengarah JKJR Pulau Pinang, S. Jegan.

Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata jika mereka tidak meninggal dunia, kerajaan boleh menggunakan wang tersebut untuk melaksanakan pembangunan dan kemudahan asas bagi keperluan rakyat.

Sehubungan itu, katanya kemalangan boleh dielakkan jika rakyat mengambil pelbagai langkah termasuk mematuhi peraturan di jalan raya, memandu dengan berhemah dan bersabar ketika di jalan raya.

"Selain kerugian banyak wang, kerajaan juga tidak mahu keluarga menanti kepulangan kita dengan kematian dan ada yang hilang tempat bergantung serta sumber pendapatan," katanya.

Beliau berharap pengguna jalan raya berhati-hati apabila berada di jalan raya untuk pulang ke kampung dengan selamat semasa musim perayaan ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan