Umat Islam Perlu Ambil Bahagian Dalam Pembangunan Ekonomi - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru umat Islam di negara ini supaya mengambil bahagian dalam program pembangunan ekonomi yang banyak dilaksanakan oleh kerajaan.

Beliau berkata ini kerana untuk menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa depan amat bergantung kepada keupayaan untuk membina kekuatan ekonomi.

"Yang paling penting, bukan perancangan kerajaan tetapi penyertaan masyarakat terutama umat Islam dalam negara kita dalam bidang pembangunan iktisad," katanya dalam ucapan pada majlis tadarus dan khatam Al Quran serta majlis berbuka puasa di Kompleks Pekembar di sini Sabtu.

Majlis turut dihadiri isteri Muhyiddin, Puan Sri Nooraine Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang Datuk Tahir Taat.

Turut serta lebih 2,000 penduduk kawasan sekitar yang terdiri daripada anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan pelajar Universiti Tun Hussein Onn.

Katanya kerajaan melaksanakan pelbagai program ekonomi untuk membolehkan rakyat menguasai segala bidang ekonomi termasuk pertanian dan pembuatan supaya tidak lagi perlu bergantung pada orang luar.

"Rancangan kerajaan dalam tempoh lapan tahun menjelang 2020, kita harus dapat menarik pelaburan berjumlah lebih RM444 bilion dan ia sudah mula masuk dalam jumlah agak besar.

"Jadi kita mahu umat Islam mengambil bahagian dan turut serta dalam pembangunan ekonomi ini bagi membolehkan ekonomi umat Islam ditingkatkan kerana Islam menuntut kita memperkukuhkan kedudukan," katanya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada lebih 1,000 fakir miskin dan anak yatim dari sekitar Pagoh. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan