The Star Tawar Ganjaran RM100,000 Kepada Chong Wei & Pandelela

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kempulan Media The Star dengan bangganya menawarkan ganjaran bernilai RM100,000 setiap seorang kepada dua atlet, Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong Pamg kerana mengharumkan nama negara di pentas Sukan Olimpik 2012 di London.

Chong Wei bermain bermati-matian pada saingan akhir badminton lelaki tewas kepada seteru utamanya Lin Dan dari China selepas pertarungan sengit itu berlanjutan ke set penentuan yang akhirnya menyaksikan beliau tewas.

Sementara, Pandelela pula menjadi atlet wanita pertama yang memenangi pingat di Sukan Olimpik apabila dia berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara terjun 10 meter platform.

Timbalan Pengerusi Eksekutif Star Publications (M) Bhd, Datuk Vincent Lee berkata ganjaran tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan daripada akhbar yang mempunyai moto, The People’s Paper kepada atlet yang menjadi Juara Rakyat.

"Chong Wei dan Pandelela membuktikan rakyat Malaysia mampu memberikan persembahan terbaik di peringkat dunia. Mereka berjaya membuktikan bahawa kita mampu menjadi juara,” katanya.

Lee berkata kemenangan mereka cukup istimewa kerana ia berjaya menyatukan rakyat pelbagai kaum, menyokong atlet mereka bertarung di mana sahaja mereka berada.

Beliau berkata, pihak syarikat sentiasa di hadapan dalam memaparkan kisah-kisah yang memberikan inspirasi kerana pada ketika ini teman ya adalah ‘Be Insired’.

"Tiada yang mampu memberikan inspirasi selain daripada menyaksikan Chong Wei berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan mata ketika menentang Lin Dan atau bagaimana ketika melihat Pandelela melakukan terjunan hampir sempurna sebelum dia meraih tempat ketiga," katanya.

Lee berkata, apa yang lebih penting dapat dilihat adalah bagaimana rakyat negara ini bersatu-padu ketika menyokong atlet berjuanng sebelum mereka meraih kejayaan.

"Sukan merupakan satu bentuk penyatuan malah ahli-ahli politik juga dilihat mampu mengetepikan perbezaan politik masing-masing dengan menyokong dengan satu suara," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan