Tamrin Ghafar Dijangka Sertai PAS Malam Ini

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Tamrin Ghafar
Datuk Tamrin Ghafar

PETALING JAYA: Datuk Tamrin Ghafar yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba dijangka akan menyertai PAS malam ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata menurut sumber yang beliau perolehi, Tamrin akan menyerahkan borang keahliaan kepadanya ketika ceramah di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar Gombak.

"Setakat ini berdasarkan maklumat yang saya terima begitulah khabarnya. Beliau (Tamrin) akan masuk PAS…Apa pun kita kena tunggu malam ini. Insya-Allah majlis akan berlangsung pada pukul 10.30 malam selepas selesai solat terawih.

"Tamrin pun akan bagi ceramah, beliau biasa bagi ceramah di pentas PAS dengan saya,” katanya kepada mStar Online pada Sabtu.

Sementara itu, Tamrin ketika dihubungi enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut sebaliknya beliau berdolak dalik ketika diminta pengesahan beliau akan menyertai parti Islam itu.

"Tak ada..tak ada..mana awak dengar ini…Saya akan hubungi anda semula," katanya dalam nada tergesa-gesa sambil memutuskan talian telefon.

Tamrin merupakan bekas ahli parlimen Batu Berendam di Melaka yang kini dinamakan Bukit Katil.

Ayahnya, Tun Ghafar, adalah bekas timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno yang bersama parti itu semenjak zaman pemerintahan perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, dan pernah menjadi ketua menteri Melaka dizaman bapa kemerdekaan Malaysia itu.

Tamrin sebelum ini pernah mendakwa Umno semakin hilang arah daripada perjuangan asal.

Pada 26 Jun lalu, Tamrin telah diminta oleh jawatankuasa disiplin Umno untuk menghantar surat tunjuk sebab kerana mengkritik kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secara terbuka.

Jika benar dakwaan tersebut, Tamrin adalah ahli Umno veteran kedua meninggalkan Umno dalam bulan Ramadan tahun ini selepas Datuk Seri Lajim Ukim meninggalkan parti itu Ogos lalu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan