Talian Nur 15999 Percuma Sekolah Di Sabah Dilancar

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Buat julung kalinya, perkhidmatan Talian Nur 15999 Percuma di Sekolah Peringkat Kebangsaan dilancarkan di Sabah bagi membantu menyelesaikan pelbagai masalah keselamatan kanak-kanak dan krisis sosial di kalangan remaja sekolah terutama di kawasan pedalaman.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyempurnakan pelancaran kemudahan terbaru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melibatkan telefon awam yang terletak atau berhampiran sekolah rendah dan menengah selain mudah digunakan oleh kanak-kanak serta golongan remaja.

Musa ketika berucap berkata inisiatif kementerian berkaitan dalam memperluaskan program ini ke Sabah wajar dicontohi kerana ia satu usaha murni memandangkan kes melibatkan keselamatan kanak-kanak kini sangat membimbangkan.

"Justeru, pelancaran Talian Nur ini bertepatan pada masanya dan wajar diperluaskan ke sekolah-sekolah bagi mewujudkan persekitaran kondusif dan selamat bagi kanak-kanak," katanya sambil menyambut baik kerjasama daripada Pernec Corporation Berhad di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu di sini, Sabtu.

Talian ini merupakan pusat panggilan bersepadu yang bertanggungjawab terhadap pertanyaan, aduan dan permohonan berkaitan kebajikan dan sosial selain beroperasi 24 jam setiap hari sepanjang tahun.

Musa turut menggesa agar lebih banyak organisasi korporat dan perseorangan di Sabah yang prihatin supaya tampil mendukung usaha kerajaan atas tanggungjawab sosial bagi meningkatkan keselamatan dan kualiti hidup rakyat di negara ini.

"Hakikatnya, pengenalan panggilan percuma talian Nur 15999 ke sekolah-sekolah memungkinkan penyelesaian pelbagai masalah melibatkan kanak-kanak. Dalam konteks kerajaan negeri Sabah, kita menyasarkan sebanyak 577 buah telefon di 289 buah sekolah akan dilengkapi kemudahan panggilan percuma ini sebelum penghujung tahun ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata perkhidmatan itu merupakan inisiatif terbaru kementerian untuk meningkatkan akses kanak-kanak di talian itu bagi membantu menangani isu dan krisis yang dihadapi seperti penderaan, buli, pengabaian, keganasan rumah tangga, lari dari rumah dan permasalahan sosial dan seksual remaja.

Noorul Ainur berharap seramai 5.1 juta pelajar sekolah rendah dan menengah mendapat manfaat menggunakan kira-kira 40,000 buah telefon awam Pernec berjenama 'helo' di seluruh negara untuk menghubungi Talian Nur 15999 secara percuma.

"Sejak dilancarkan pada Disember 2007, sebanyak 266,562 panggilan telah diterima oleh Talian Nur 15999 dan inisiatif itu akan dilaksanakan secara berperingkat di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kedah, Perlis, Johor dan Pahang," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan