Sultan Selangor Tidak Berkenan Masjid Dipolitikkan

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SABAK BERNAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat bertitah baginda tidak sekali-kali berkenan institusi masjid di negeri ini dipolitikkan.

"Titah Beta ini meliputi semua parti politik sama ada parti pemerintah atau pembangkang," baginda bertitah di majlis perasmian Masjid Kampung Binjai Jaya, Sungai Panjang di sini.

Baginda mahu kemudahan surau serta masjid tidak disia-siakan dan dipandang ringan umat Islam itu sendiri, sebaliknya surau dan masjid mesti dimanfaatkan sebagai suatu tempat menambah keimanan di samping membina kekuatan serta membentuk peribadi yang mendapat keredaan Allah. "Masjid tempat yang paling baik kita bersatu padu," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah baginda tidak berkenan khutbah, pengajaran agama dan tazkirah yang diadakan di masjid atau surau di negeri ini diselitkan dengan ideologi parti politik, tuduh-menuduh dan caci-mencaci sesama Islam.

Perbuatan seperti itu boleh menimbulkan kebencian dan akhirnya membawa kepada perpecahan dalam kalangan orang Islam terutama orang Melayu, titah baginda.

"Perpecahan ini akan merugikan orang Melayu sendiri kerana orang Melayu akan kehilangan kuasa dan akan terus mundur, ketinggalan serta hidup melarat di negeri sendiri. Jika perkara ini berlaku terhadap orang Melayu, menyesal kemudian tiada gunanya," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah orang Melayu jangan terlalu suka mengikut perasaan dan iri hati antara satu dengan lain sehingga boleh menghancurkan bangsa sendiri.

Justeru, baginda bertitah orang Melayu hendaklah membuka minda dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di sekeliling mereka.

"Oleh itu, marilah kita sama-sama berfikiran positif, bersangka baik, serius dan ikhlas dalam melaksanakan segala kewajipan dan suruhan daripada Allah swt," katanya.

Baginda juga menyeru kepada pegawai dan anggota Jawatankuasa Masjid di seluruh Selangor supaya mempunyai hati bersih dan ikhlas dalam melaksanakan tugas mereka di samping hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan kesucian masjid.

Sultan Sharafuddin bertitah bermula awal Ramadan sehingga hari ini, baginda telah mengambil kesempatan bertemu rakyat dan berbuka puasa bersama rakyat di daerah-daerah di negeri ini.

"Beta amat berpuas hati dengan program yang telah diaturkan dan sambutan daripada rakyat di daerah-daerah berkenaan," titah baginda.

Masjid Kampung Binjai Jaya yang menelan belanja RM5.27 juta mula dibina pada 2007 dan siap pada 2010. Ia mampu menampung seramai 1,000 jemaah pada satu masa. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan