Sarawak Kekal Bumi BN - PM

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak percaya Sarawak, yang lebih dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang' akan kekal menjadi bumi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata dengan wujudnya perpaduan antara komponen parti BN dan kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, BN akan sekali lagi berjaya di Sarawak.

"Banyak perkara kita rundingkan di samping kita menghormati hak negeri Sarawak dan Sarawak pun menghormati hak kerajaan pusat. Bila kita saling faham memahami, tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya di sini, Jumaat.

Turut hadir ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Taib dan kira-kira 1,000 masyarakat setempat.

Najib berkata disebabkan faktor itu, Sarawak sangat maju di bawah kepimpinan BN.

Menyentuh tentang komen Taib bahawa beliau seorang perdana menteri yang muda dan penuh bersemangat, Najib berkata: "Saya menghargai komen itu sebab beliau menyebut tentang perkara yang sangat penting. Mungkin saya bukanlah muda lagi tetapi saya berusaha sedaya upaya agar penuh bersemangat."

"Mesej yang tersirat ialah kami mesti menjadi sebuah kerajaan yang mengambil berat dan prihatin terhadap masyarakat umum," katanya.

Beliau berkata pemimpin di semua peringkat, termasuk anggota dewan undangan ngeri dan parlimen, perlu bekerja keras terutamanya apabila kerajaan menyediakan peruntukan kepada mereka.

Berbeza dengan pembangkang, beliau berkata Program Transformasi Kerajaan 2.0 yang hari terbukanya berlangsung hari ini, membuktikan kerajaan mempunyai halatuju yang jelas menuju masa depan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan