Sarawak Akan Kekal Bersama BN - PM

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak percaya Sarawak akan kekal sebagai negeri yang diperintah Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Dengan perpaduan dikalangan parti komponen BN dan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di bawah pimpinan, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, BN akan berjaya di Sarawak, kata Najib.

"Kami telah berbincang mengenai banyak dan saling menghormati dan memahami kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, tidak ada perkara yang tidak dapat diselesaikan," katanya ketika majlis berbuka puasa di Dewan Undangan Negeri Sarawak di bangunan Petra Jaya pada Jumaat.

Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Taib Mahmud bersama 1,000 tetamu jemputan.

Najib berkata kemajuan yang dinikmati Sarawak pada hari ini adalah hasil kepimpinan BN.

Mengluas mengenai kenyataan Taib Mahmud yang menyatakan beliau sebagai Perdana Menteri muda dan bertenaga, Najib berkata: “Saya menghargai kenyataan itu kerana beliau menyebut satu titik sentuhan yang amat penting. Mungkin saya tidak begitu muda tetapi saya cuba sebaik mungkin untuk kekal sihat dan bertenaga.”

Mesej yang tersirat adalah kita perlu sebuah kerajaan menjaga rakyat biasa, katanya sambil menambah bahawa pemimpin di semua peringkat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen perlu bekerja keras, terutamanya dalam mematikan peruntukan yang diberikan tidak luput begitu sahaja.

Najib dan Rosmah berada di Sarawak dalam lawatan kerja sehari ke negeri tersebut.

Rombongan berkenaan tiba di Lapangan Terbang Kuching pada pukul 4.45 petang dan bertemu dengan Taib Mahmud dan menteri negeri serta pegawai-pegawai kerajaan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan