Rakyat Perlu Bijak Memilih Kerajaan - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masa depan pendidikan generasi muda akan tergadai sekiranya rakyat silap memilih kerajaan yang hanya pandai bermain kata-kata, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata kegagalan kerajaan Selangor menguruskan Universiti Selangor (Unisel) jelas menunjukkan mereka sekadar bijak berkata-kata tetapi tidak pandai mentadbir.

"Inilah satu lagi siri kegagalan pembangkang dalam menguruskan pendidikan rakyat," katanya pada sidang media sempena majlis Pelancaran Tabung Amal Kelab Merdeka Muda Kuala Lumpur dan Selangor (Kemuda) di sini, Sabtu.

Beliau mengulas demonstrasi oleh lebih 100 pekerja Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), yang menguruskan kediaman penuntut Unisel di Bestari Jaya, Selangor, yang menuntut gaji daripada universiti milik kerajaan negeri itu.

Demonstrasi tersebut pagi tadi diadakan ekoran kegagalan Unisel membayar kos penyelenggaran kampus induk dan lapan buah asrama yang telah tertunggak sebanyak 17 bulan.

Dalam majlis itu, Kemuda turut melancarkan tabung derma RM1 khusus bagi membantu golongan fakir miskin, ibu tunggal dan kanak-kanak yang menghidap HIV.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Ahmad Maslan, yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata pembangkang nyata tidak sepakat berhubung tema sambutan hari kemerdekaan ke-55 tahun ini.

Beliau berkata pembangkang tidak akan mampu bersepakat walaupun 'tidur sebantal' kerana masing-masing 'berlainan mimpi'.

"Mereka adalah pakatan tidak sepakat bukan pakatan rakyat," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada Selasa lepas bahawa negeri yang ditadbir pakatan akan menggunakan tiga tema sambutan Hari Kebangsaan.

Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa', Kelantan dengan tema 'Menerajui Perubahan' dan Kedah 'Terus Berbakti'. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan