Pesawat Kedua Airbus A380 MAS Tiba Di KLIA

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pesawat kedua Airbus A380 Malaysia Airlines tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.32 petang Sabtu dari Toulouse, Perancis sekali gus membolehkan syarikat penerbangan nasional itu menawarkan perkhidmatan penerbangan A380 antara KLIA dan London Heathrow setiap hari bermula Ahad.

"Pesawat pertama kami daripada enam pesawat A380 telah beroperasi di laluan ini tiga kali seminggu sejak 1 Julai tahun ini. Dengan pesawat kedua menyertai kumpulan pesawat, kami akan menawarkan penerbangan harian A380 bagi laluan ini.

"Kami juga bakal menyediakan perkhidmatan penerbangan A380 di laluan 'kangaroo' utama, antara London dan Sydney, apabila pesawat A380 ketiga mula beroperasi setiap hari di laluan Sydney-Kuala Lumpur pada akhir November tahun ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya.

Penerbangan MH2 A380 Malaysia Airlines berlepas dari KLIA setiap hari pada pukul 11.40 malam dan tiba di London Heathrow pada pukul 5.50 pagi hari berikutnya.

Penerbangan pulang, MH3, berlepas dari London Heathrow pada pukul 12.00 tengah hari dan tiba di KLIA pada pukul 7.25 pagi hari berikutnya.

Begitu juga, penerbangan MH4 B747 berlepas dari KLIA setiap hari pada pukul 10.05 pagi dan tiba di London Heathrow pada 4.15 petang manakala penerbangan pulang MH1, berlepas dari London Heathrow pada pukul 10.00 malam dan tiba di KLIA pada hari berikutnya.

Masa ketibaan kedua-dua penerbangan di KLIA membolehkan sambungan segera kepada Malaysia Airlines ke destinasi domestik serta ke kebanyakan bandar raya antarabangsa di rantau Asia-Pasifik yang ia menawarkan perkhidmatan penerbangan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan