Pelabuhan Klang Catat IPU Tidak Sihat

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang merupakan satu-satunya kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga 11 pagi Sabtu dengan bacaan 101.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan pada Sabtu berkata 13 kawasan mencatat IPU baik, IPU sederhana (35) dan Pelabuhan Klang mencatat IPU tidak sihat.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Antara kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Alor Setar dan Bakar Arang Sungai Petani (78), Seberang Perai, Pulai Pinang dan Bukit Rambai, Melaka (76) serta Nilai dan Seremban, Negeri Sembilan masing mencatatkan IPU (75) dan (71).

Menurut JAS, imej satelit yang dikeluarkan oleh Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC) semalam menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera Indonesia meningkat kepada 88 berbanding 39 dua hari lalu.

"Ia telah menyebabkan kemerosotan kualiti udara di pantai barat Semenanjung Malaysia khususnya di Pelabuhan Klang. Berdasarkan maklumat dari Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan panas dan kering di rantau ini akan berpanjangan sehingga Oktober depan," kata JAS.

Sehubungan itu, JAS telah pun menggerakkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri bagi mempertingkat pelaksanaan Prosedur Tetap Operasi (SOP) dalam usaha memantau status kualiti udara di seluruh negara.

JAS turut mengingatkan orang ramai berhubung Perintah Larangan Terbuka bagi kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Tudan, Permai Jaya, Kuala Baram di Miri, Sarawak, masih berkuat kuasa serta Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Yang Mudah terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara tempatan.

Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka dan memberikan kerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan JAS di talian 1-800-88-2727. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan