MTRK Mahu Kerajaan Kelantan Ambil Langkah Drastik Tangani Isu Air - Berita Semasa | mStar

MTRK Mahu Kerajaan Kelantan Ambil Langkah Drastik Tangani Isu Air

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) mahu kerajaan Pas Kelantan mengambil tindakan drastik mengatasi masalah air yang semakin meruncing dialami rakyat negeri ini.

Presidennya, Azmi Ali berkata ketika syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengambil langkah membaik pulih loji rawatan air, pada masa sama mereka sepatutnya membeli air bersih untuk dibekalkan kepada penduduk yang terputus bekalan.

"Kerajaan negeri melalui AKSB sepatutnya membeli air bersih untuk dibekalkan kepada penduduk yang terputus bekalan sehingga seminggu.

"Kelambatan membekalkan air bersih boleh mengundang pelbagai penyakit kerana pengguna terpaksa menggunakan air termasuk dari sungai, yang tidak terjamin kebersihannya untuk minum, mencuci pakaian dan mandi," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Azmi berkata kepulangan beramai-ramai rakyat negeri ini yang bekerja di tempat lain untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, akan menambah kesulitan jika masalah bekalan air tidak diatasi segera. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi respons baik terhadap memorandum yang disampaikan 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan sempena lawatan Najib ke negeri ini Ahad lepas.

Azmi berkata memorandum yang ditandatangani 14 pemimpin NGO itu merayu Najib supaya membantu menyelesaikan segera isu air di negeri ini.

Beliau berkata memorandum itu antara lain menjelaskan secara terperinci kepada Perdana Menteri senario sebenar yang terpaksa dihadapi penduduk Kelantan setiap hari akibat kekurangan bekalan air bersih. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan