George Kent Mula Projek Sambungan Laluan Ampang

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: George Kent (Malaysia) Bhd (GKM) telah memulakan kerja-kerja awal bagi Projek Penyambungan Laluan Ampang (Ampang LEP) untuk memastikan ia menepati tempoh dan kos penyiapan projek itu.

Ini termasuk rundingan dengan kontraktor pakar untuk menjalankan kerja-kerja teknikal dan khusus bagi laluan itu, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pengarah Eksekutif GKM Cheong Thiam Fook, yang juga pengarah projek bagi usahasama George Kent-Lion Pacific, berkata GKM kini menumpukan kepada membina kerjasama dengan rakan kongsi teknologi yang bereputasi tinggi untuk memastikan pembinaan yang lancar dan berkesan kos untuk laluan itu, dengan pemindahan teknologi dan pengetahuan menjadi elemen utama.

"Pasukan pengurusan projek akan mempunyai 70 peratus penyertaan tempatan dan GKM akan mengetuai pasukan projek dengan Tewet Gmbh yang berpangkalan di Jerman," katanya.

Tewet adalah perunding kepada Bursa Line di Turki, yang mempunyai skop kerja serupa dengan apa yang diperlukan di Ampang LEP.

Sementara itu, GKM menekankan bahawa bidaan akhirnya adalah berdayasaing dan menyeluruh, sambil membidas komen-komen yang meragui kemampuan kewangan dan kepakaran teknikal mereka.

Cheong juga berkata dokumen yang didakwa asli yang dibocorkan itu tidak menggambarkan perkara sebenar kerana semua pembida dipanggil untuk memberikan penjelasan yang lebih terperinci selepas temuduga awal oleh perunding Prasarana. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan