Aspek Keselamatan Diberi Keutamaan Dalam Penyelenggaraan Jalan & Lebuhraya - Shaziman

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya sentiasa memastikan aspek keselamatan menjadi perkara utama dalam melaksanakan kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan rangkaian jalan dan lebuh raya di negara ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata pelbagai peralatan serta aplikasi hasil inovasi digunapakai dalam usaha mencegah dan seterusnya mengurangkan risiko berlaku kemalangan jalan raya.

"Pelaksanaan langkah penambahbaikan di lokasi-lokasi kerap berlaku kemalangan atau lebih dikenali sebagai lokasi 'blackspot' juga dibuat secara komited oleh Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia yang mana ia dipantau secara khusus.

"Dalam masa yang sama, kempen keselamatan juga merupakan satu usaha berterusan kerajaan dalam memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya tentang betapa pentingnya aspek keselamatan," katanya dalam teks ucapan pada majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (Lpkpm) di Plaza Tol Gombak di sini, Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Politiknya Datuk As'ari Ibrahim.

Shaziman berkata kempen keselamatan yang dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan telah memberi penekanan bukan sahaja kepada golongan dewasa, malah turut dipupuk kepada generasi muda memandangkan generasi itu berpontensi menjadi agen perubahan dalam usaha menyemai kesedaran mengenai kepentingan keselamatan jalan raya.

Beliau berkata kempen keselamatan wajar dipergiat dan diperhebat agar jumlah kemalangan dapat dikurang memandangkan kepadatan trafik akan meningkat dua kali ganda setiap kali musim perayaan.

Pada majlis itu, sebanyak 1,000 kit kecemasan dan baju pemantul cahaya diedarkan kepada pengguna jalan raya.

Sementara itu, Presiden Lpkpm Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata kempen seumpama itu akan turut diadakan semasa musim perayaan Aidiladha dan tahun baru akan datang, dan masing-masing akan di adakan di plaza tol Jalan Duta dan Sungai Besi.

Dalam pada itu, Lpkpm turut menubuhkan skuad pemantau yang dianggotai seramai 2,000 orang di tiga negeri iaitu Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan tahun lepas bagi memantau dan mengambil aduan kes penipuan seperti penjualan tiket bas haram, kenaikan harga barang dan skim gores dan menang.

Beliau berkata aduan yang diterima daripada pengguna akan dilapor kepada pihak berkuasa. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan