Anggota Polis Bertugas Di Hari Lebaran Harus Bersemangat, Tabah

Diterbitkan: Sabtu, 11 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan anggota polis yang bertugas pada sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini supaya sentiasa bersemangat dan tabah dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keamanan negara ini.

Beliau percaya walaupun berjauhan daripada keluarga pada hari lebaran tersebut, mereka akan dapat menempuhi segala cabaran dan dugaan dengan jayanya sekiranya mereka mengambil pengajaran daripada amalan pada sepanjang Ramadan.

Ismail berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Polis Negara Peringkat Kontinjen Negeri Kelantan di sini, Sabtu.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abd Rahman.

Ismail turut menasihati semua anggota polis yang menerima insentif bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 supaya berbelanja secara berhemah dan mengelakkan daripada melakukan pembaziran.

Pada majlis tersebut, Ismail menyampaikan sumbangan hari raya kepada 40 orang pesara polis, 30 balu polis dan 29 orang anak yatim. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan