Veterinar Sabah Cuba Biak Baka Badak Sumbu Sumatera

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sekumpulan ahli veterinar kini sedang merawat seekor badak sumbu betina di daerah pantai timur Lahad Datu dengan harapan haiwan berkenaan dapat membiak.

Puntung, yang merupakan badak betina Sumatera tunggal di Santuari Badak Borneo (BRS) di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Labin mula dirawat sejak beberapa bulan lalu bagi meningkatkan peluang untuk hamil.

Pengarah Eksekutif Borneo Rhino Alliance (Bora), Dr Junaidi Payne berkata pemeriksaan itu dijalankan oleh pakar veterinar daripada Institut Leibniz bagi zoo dan Penyelidikan Hidupan Liar (IZW) di Berlin, yang diketuai oleh Dr Thomas Hildebrand.

Menurut pasukan doktor haiwan, selepas pemeriksaan ultrasound pada 24 Februari lalu menunjukkan Puntung mengalami pertumbuhan sista endometrium iaitu suatu keadaan menyakitkan yang boleh menghalang sperma daripada sampai ke ovum serta menghalang implantasi embrio pada dinding rahim.

Hildebrand mula merawat Puntung 28 Mac dengan meletkkan antibiotik dalam saluran pembiakan Puntung.

Ia diikuti dengan proses membuang ketumbuhan oleh doktor haiwan IZW menggunakan laser endoskopik pada 27 Jun.

Sementara itu Paymen berkata pegawai BRS kini sedang membuat pertimbangan sama ada untuk membiarkan baka Puntung dibiak secara semula jadi atau memilih menggunakan teknologi permanian makmal.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan