Sabah Akan Terus Jadi Keutamaan Pembangunan Malaysia - PM

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Sabah akan terus menjadi keutamaan dalam pembangunan Malaysia dan berharap rakyat negeri itu akan terus menyokong beliau dalam menuju ke arah matlamat berkenaan.

Perdana Menteri berkata beliau juga komited untuk membayar balik semangat muhibah yang dibawa oleh saudara-saudara timur itu ke negara ini, sepertimana komitmen Allahyarham ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein dalam menggabungkan Borneo Utara dengan Malaysia bagi faedah bersama.

"Sepanjang tempoh 49 tahun yang lalu, Sabah telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia. Tahun lepas, sektor pelancongan di negeri Sabah telah menyumbang hampir RM5 bilion kepada ekonomi negara, dengan ketibaan lebih 2.8 juta pelancong, iaitu peningkatan sebanyak 13.6 peratus berbanding tahun 2010.

"Pada keseluruhannya, Malaysia banyak bergantung kepada sumbangan negeri Sabah, dan oleh itu, kerajaan telah mengutamakan kebajikan negeri itu melalui Program Transformasi Kerajaan," katanya dalam entri terbaru blog beliau www.1Malaysia.com.my bertajuk 'Sabah di Malaysia - Situasi Sama-sama Menang', Jumaat.

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan bekalan elektrik di Sabah agar konsisten selain membantu pengembangan MASwings daripada sebuah syarikat penerbangan khidmat masyarakat kepada sebuah syarikat penerbangan serantau bagi Sarawak dan Sabah.

Beliau berkata melalui usaha berterusan kerajaan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Infrastruktur Luar Bandar pula, jalan raya di Malaysia Timur sahaja sudah membentuk 54 peratus daripada keseluruhan jumlah jalan raya di negara ini.

Katanya golongan miskin luar bandar juga telah menerima beribu-ribu rumah baru atau yang dibaik pulih, kesemuanya dilengkapkan dengan kemudahan asas bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

"Secara keseluruhannya, NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar memanfaatkan 27 daripada 32 kumpulan etnik di Sabah, dengan perbelanjaan sebanyak RM3 bilion bagi membantu meningkatkan taraf kehidupan di negeri itu," katanya.

Najib yang dijadual melakukan lawatan sehari ke Sabah esok, berkata ini mengingatkannya terhadap lawatan beliau ke Balai Wayoh di Bingkor, Sabah baru-baru ini yang pernah dilawati oleh Allahyarham bapanya pada tahun 1963.

Katanya di tempat itulah Allahyarham Tun Abdul Razak dan OKK Sedomon, pemimpin kanan kaum Dusun, menandatangani perjanjian penting yang membawa Borneo Utara ke Malaysia sebagai Sabah.

"Arwah bapa saya amat menghormati OKK Sedomon, sehinggakan adakalanya arwah merujuk beliau sebagai 'Bapak'.

"Sememangnya hasil daripada perjanjian itu telah memainkan peranan penting dalam menjadikan Malaysia sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar di Asean," katanya.

Najib berkata penggabungan Borneo Utara dengan Persekutuan Malaysia tidak termeterai tanpa perbincangan yang mendalam terlebih dahulu kerana sebagai permulaan, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bagi menilai sama ada masyarakat bersetuju dengan penggabungan itu.

Katanya satu perjanjian 20 perkara juga dirangka oleh Borneo Utara untuk membentangkan syarat mereka bagi penggabungan itu, antaranya isu seperti agama rasmi negeri, bahasa rasmi dan hal ehwal imigresen ke Borneo Utara.

"Apa yang lebih penting lagi adalah Perlembagaan Malaysia telah didraf semula secara keseluruhan bagi mengambil kira kemasukan Borneo Utara sebagai Sabah dan bagi mencegah sebarang pindaan atau pengeluaran perlindungan Perlembagaan yang telah diberikan kepada negeri itu, kecuali jika dikehendaki oleh rakyat negeri itu sendiri," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan