Projek My rapid Transit Tidak Jejas Bangunan Bukit Bintang Plaza - MRT Corp

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Projek My Rapid Transit tidak akan menjejaskan bangunan Plaza Bukit Bintang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Azhar Abdul Hamid.

Beliau berkata MRT Corp akan membina stesen bebas tanpa integrasi dengan BB Plaza dan bangunan Yayasan Selangor.

"Kami juga telah mengeluarkan notis rasmi kepada pemilik harta persendirian lain dalam kawasan Bukit Bintang untuk memberitahu mereka tentang perkara itu, " kata beliau pada taklimat media mengenai pakej kerja jejambat V3 MRT di sini hari ini.

Bagaimanapun, Azhar berkata kerja di stesen mungkin akan melibatkan perbincangan dengan pemilik BB Plaza dan Yayasan Selangor.

"Kami sedang menunggu jawapan daripada mereka. Mereka mengakui bahawa ia merupakan peluang berharga bagi mereka untuk mengintegrasikan dengan stesen, kerana ia akan meningkatkan nilai hartanah dan lokasi," kata beliau.

Azhar berkata jika pemilik BB Plaza dan Yayasan Selangor mahu mengintegrasikan dengan stesen, bangunan mereka perlu maju semula.

"Bagaimanapun, bagi kita, kita tidak mahu melambatkan projek itu dan akan terus membina stesen Bukit Bintang secara bebas, untuk memastikan kita akan dapat menyediakan projek pada masa yang ditetapkan, menjelang Julai 2017, " kata beliau.

Mengenai pakej kerja jejambat V3 bernilai RM816 juta yang diberikan kepada Mudajaya Corp pada Jun, beliau berkata kerja-kerja akan bermula bulan ini.

"Daripada lapan pakej kerja jejambat yang ditawarkan oleh MRT Corp, tujuh telah diberikan. Baki pakej, V8 (Taman Mesra-Kajang), dijangka diberikan pada akhir Ogos tahun ini,"katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan