Permohonan Masuk Politeknik Sesi Disember 2012 Dibuka 13 Ogos

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Borang permohonan memasuki politeknik Kementerian Pengajian Tinggi bagi sesi Disember tahun ini akan mula dijual pada 13 Ogos ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Mejar (K) Md Nor Yusof berkata sebanyak 20,500 tempat ditawarkan di 30 politeknik seluruh negara bagi pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan sijil politeknik kementerian itu.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 23 Sept, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata para pelajar boleh memperoleh nombor pin di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional dengan harga RM10.60 dan membuat permohonan secara online di www.politeknik.edu.my.

"Pelajar yang telah membeli nombor pin untuk kemasukan sesi Jun 2012 tetapi gagal untuk mendapat tempat di politeknik, boleh menggunakan nombor pin yang sama untuk memohon semula bagi sesi Disember ini," katanya.

Jenis kursus yang ditawarkan terdiri daripada 24 kursus peringkat sijil dan 24 kursus peringkat diploma bagi lulusan SPM atau STPM, dan 13 jenis kursus peringkat diploma bagi lulusan Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi, katanya.

Keputusan permohonan dijangka diketahui pada 3 November dan pelajar yang berjaya akan mula mendaftar pada 17 Disember.

Md Nor berkata sebarang pertanyaan berhubung kemasukan ke politeknik berkenaan boleh diajukan ke Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Aras 4, Galeria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya atau telefon 03-8891 9240/9255. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan