Pentadbiran Tidak Tersusun, Selangor Boleh Hancur - Noh

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata negeri ini boleh 'hancur' akibat pentadbiran kerajaan pakatan PKR-DAP-PAS tidak tersusun dan pelbagai isu yang timbul.

"Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) tidak tahu apa yang berlaku di bawah," katanya ketika ditemui selepas melawat pesakit di Hospital Tanjong Karang.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata selepas satu persatu transaksi pengambilan hutang Talam Corporation dibangkitkan Timbalan Menterinya, Datuk Chua Tee Yong, barulah kerajaan negeri bertindak melantik firma audit untuk meneliti perjalanan pengambilan hutang itu.

Selain itu, beliau mendakwa audit ke atas akaun Universiti Selangor mendapati ia mengalami kerugian sedangkan antara 2005 dan 2008, tidak berlaku masalah kewangan dan kontraktor masih mendapat bayaran.

Mungkin semasa mereka mengambil alih pentadbiran Unisel, peruntukan yang ditinggalkan Barisan Nasional masih banyak namun kini dana berkurangan dan wujud ketidakcekapan mereka mengurus mengakibatkan masalah kepada Unisel, katanya.

Noh berkata Selangor juga berlaku tidak adil kepada mereka yang ingin menegakkan kebenaran serta keadilan apabila Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli dianggap hero dan kos guamannya ditanggung kerajaan negeri.

Beliau turut mempersoal nasib dua pegawai Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang dibuang kerja oleh anak syarikat kerajaan negeri itu kerana mendedahkan kepincangan perjalanan industri pasir di Selangor.

Katanya, pakatan pembangkang sanggup menggunakan wang rakyat bagi membela pemimpin mereka seperti Mohd Rafizi, yang didakwa kerana melanggar undang-undang.

Dalam perkembangan lain, Noh berharap pembinaan hospital baru Tanjong Karang di tapak yang diluluskan kerajaan di Sungai Terap dapat disegerakan memandangkan hospital sedia ada kecil. BERNAMA

----------

Hari Raya Ketiga, Keempat Perjumpaan Raya Keluarga Banduan

KUALA LUMPUR: Perjumpaan sempena Aidilfitri bagi anggota keluarga banduan beragama Islam di institusi penjara tahun ini akan diadakan pada Hari Raya ketiga dan keempat.

Ketua Unit Urusetia, Bahagian Dasar Kepenjaraan, Abdul Rahman Taib berkata lawatan pada hari-hari sama juga ditetapkan bagi Pusat Pemulihan Akhlak dan Sekolah Henry Gurney dengan waktu perjumpaan pukul 8.15 pagi hingga 4.15 petang.

Beliau berkata lawatan di Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak, pula diadakan pada Hari Raya pertama dan kedua.

"Bagi memudahkan urusan lawatan, para pelawat diminta membawa bersama kad lawatan dan kad pengenalan masing-masing serta tidak dibenarkan memberi sebarang makanan dan minuman kepada penghuni," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Abdul Rahman mengingatkan pelawat agar tidak memberi wang kepada penghuni kerana semua kemudahan asas telah disediakan oleh Jabatan Penjara dan sekiranya ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti yuran peperiksaan hendaklah mendapatkan resit rasmi sebagai akuan penerimaan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan