Penganjur Bersih Jangan Campur Aduk Politik, Sambutan Merdeka

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menasihatkan penganjur 'Himpunan Janji Bersih' yang dijadual berhimpun di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini agar tidak mencampuradukkan sambutan Hari Kemerdekaan dengan politik.

Beliau turut mengingatkan penganjur perhimpunan itu agar mematuhi undang-undang negara ini.

"Saya lihat satu sahaja, kemerdekaan ialah perkara yang bersangkut paut dengan rakyat. Rakyat akan bergembira sambut kemerdekaan negara yang ke-55, jadi janganlah jadikan ia satu isu politik.

"Sama ada kita nak berkumpul ke, pandu kereta atau buat ucapan sekalipun, semua ada undang-undang, dan kita semua perlulah ikut undang-undang yang sudah termaktub di negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan 'Op Selamat' sempena Aidilfitri di Dataran Shah Alam pada Jumaat.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas perhimpunan yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan