Pendirian KDN Konsisten Isu Perhimpunan Bersih - Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pendirian Kementerian Dalam Negeri adalah konsisten dalam menangani perhimpunan yang ingin dianjurkan oleh mana-mana pihak, iaitu mengutamakan keselamatan orang ramai.

Mengulas cadangan penganjuran perhimpunan Bersih pada masa yang sama dengan sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan 31 Ogos nanti, Hishammuddin berkata niat dan hasrat itu boleh dipersoal, namun perkara utama ialah sama ada janji pihak penganjur untuk mengadakan perhimpunan yang aman boleh dipercayai.

"Saya hanya melihat daripada konteks keselamatan negara, dan pengalaman dari Bersih 3.0 menjadi iktibar kepada kita di mana perhimpunan itu tidak berjalan seperti yang mereka janjikan.

"Yang penting sekarang sama ada janji-janji mereka boleh dipercayai atau tidak, itu bukan untuk saya tentukan," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa kementerian itu di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak penganjur perlu mengemukakan permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kelulusan perhimpunan itu.

Hishammuddin juga berkata pihak berkuasa, terutama Polis Diraja Malaysia, akan memantau keadaan bagi memastikan keselamatan jika perhimpunan itu tetap diadakan.

Terdahulu, Hishammuddin menyaksikan penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM405,366.58 daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) kepada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

PNMB turut memberi sumbangan zakat sebanyak RM50,000 kepada Kelab KDN untuk diagih kepada anak yatim, pelajar maahad tahfiz dan golongan asnaf di bawah agensi kementerian itu.

Seramai 431 orang menerima sumbangan itu termasuk anak yatim Yayasan Chow Kit Kuala Lumpur, anak yatim Rumah Nurhikmah Kajang dan ibu tunggal warga kementerian.

Sumbangan itu disampaikan Hishammuddin dan isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan