Orang Ramai Berpeluang Lihat Fenomena Okultasi Planet Musytari Ahad Ini

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan Okultasi Planet Musytari pada Ahad ini bermula dari pukul 2.20 pagi hingga 3.20 pagi.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), seluruh Malaysia akan dapat melihat planet Musytari dilindungi oleh bulan lebih kurang satu jam dengan waktu sedikit berbeza (bergantung pada lokasi).

Masyarakat di Sabah dan Sarawak bertuah kerana berpeluang menyaksikan keseluruhan proses fenomena manakala di Semenanjung dapat menyaksikan proses akhir fenomena itu sahaja.

Kata ANGKASA dalam kenyataan itu lagi, fenomena itu hanya dengan menggunakan mata kasar tanpa memerlukan sebarang peralatan khas.

Kali terakhir fenomena itu berlaku adalah pada 23 Februari 2009.

Untuk maklumat lanjut mengenai fenomena itu, sila layari Portal Pendidikan Sains Angkasa www.astronomi.angkasa.gov.my atau hubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303/4301. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan