K'jaan P.Pinang Salur Bantuan RM100 Untuk 100,000 Murid Di Bawah Program Pelajar Emas Terus Kepada Ibu-Bapa

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memberi bantuan RM100 terus kepada keluarga 100,000 pelajar di negeri itu di bawah Program Pelajar Emas September ini kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Menurut beliau kesemua pelajar itu melibatkan mereka di tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Wang itu katanya akan diberikan terus kepada keluarga agar ia tidak disalahgunakan oleh murid-murid untuk tujuan yang tidak sepatutnya.

"Lagi pun bolehkah murid tahun satu mengendalikan wang RM100," ujarnya di sini, Jumaat.

Sementara itu, beliau juga berkata, sejumlah 298 pelajar tahun pertama program diploma dari negeri ini yang mendapat tempat di semua institusi pengajian tinggi awam layak untuk menerima bantuan RM1,000 tahun ini.

Katanya, permohonan daripada pelajar yang ditawarkan tempat untuk program ijazah pula akan dibuka dari 8 Ogos hingga 30 September.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan