Kad Diskaun 1Malaysia Disaran Diperluas Kepada Bekas Tentera, Polis

Diterbitkan: Jumaat, 10 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) pada Jumaat meminta kerajaan memperluaskan pemberian kad diskaun 1Malaysia Privilege Card kepada bekas tentera dan polis.

Presidennya Datuk Mohammad Abdul Ghani berkata pemberian kad itu boleh dilihat sebagai penghargaan kepada mereka yang pernah berjasa mempertahankan keselamatan negara.

"Tanpa pengorbanan bekas anggota tentera dan anggota keselamatan yang lain, negara tidak mungkin dapat mencapai keamanan sebagaimana dinikmati sekarang ini," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan zakat kepada bekas anggota tentera dan penduduk kampung di Kubang Kerian di sini.

Selasa lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian kad diskaun itu kepada anggota tentera dan polis yang akan menikmati potongan harga sehingga 25 peratus di lebih 20 syarikat dan kedai terpilih.

Kad diagih secara berperingkat bermula semalam kepada 241,000 pegawai dan anggota meliputi 130,000 dari pasukan tentera dan 111,000 dari pasukan polis.

Mohammad berkata walaupun dilihat sebagai kecil, pemberian kad itu memberi makna simbolik yang besar kepada bekas tentera.

"Ini juga sebagai tanda harmoni antara bekas penjawat awam dengan kerajaan," katanya.

Mengenai gerakan daftar pemilih PBTM melibatkan keluarga bekas anggota tentera, Mohammad berkata setakat ini kira-kira 300,000 orang berjaya didaftarkan di seluruh negara termasuk lebih 66,000 di Kelantan.

Gerakan itu masih belum mencapai sasaran 500,000 sebelum menjelang pilihan raya berikutan kekurangan jentera dan petugas sukarela, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan