Semangat Chong Wei Cetus Lonjakan Minat Terhadap Badminton

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Meskipun Datuk Lee Chong Wei gagal membawa pulang pingat emas pada Sukan Olimpik di London, usaha kerasnya tanpa mengenal erti putus asa menyuntik semangat ramai rakyat Malaysia untuk menceburi sukan badminton.

Kebanyakan sekolah badminton dan masyarakat dilaporkan mula menaruh minat terhadap sukan itu ekoran persembahan berjiwa besar Chong Wei di London.

"Ramai pelajar kami yang berhenti menghadiri kelas kerana peperiksaan kembali berlatih ketika temasya Olimpik.

"Persembahan Chong Wei menyuntik semula minat mereka terhadap sukan ini," kata jurulatih Akademi Badminton Pro (PBA), M.Sutheaswari.

Sutheaswari berkata, baru-baru ini PBA menerima permohonan dari golongan dewasa untuk menyertai kelas tersebut yang tidak pernah berlaku sebelum ini memandangkan akademi ini hanya fokus kepada kanak-kanak sekolah rendah.

Ditanya sama ada ia disebabkan persembahan Chong Wei, Sutheaswari berkata; ya.

"Perkara penting bukanlah kemenangannya tetapi cara beliau beraksi di final walaupun masih bergelut dengan kecederaan," katanya.

Pengasas Akademi Badminton Total dan jurulatih Kwek Chiew Peng bersetuju bahawa usaha Chong Wei telah mencetuskan minat baru dalam sukan badminton.

Ramai ibu bapa menghubungi akademi itu untuk mendaftarkan anak-anak mereka dan jumlah tersebut dipercayai akan meningkat sebaik musim peperiksaan tamat.

Presiden Kelab Badminton Subang Jaya, Alvin Chai berkata permintaan untuk keahlian baru meningkat tiga kali ganda sejak Olimpik membuka tirainya.

"Sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga menyukarkan kami untuk menempatkan semua ahli baru," katanya.

Ketua jurulatih Akamdemi Badminton Challenger, Liew Gavin berkata, akademinya menerima 15 permohonan untuk ujian badminton berbanding kebiasaannya dua hingga tiga.

"Chong Wei adalah ikon yang menaikkan sukan tersebut," kata Liew.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan