Ramai Guna Ijazah Palsu Untuk Dapat Pekerjaan

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemeriksaan pra-pekerjaan mengesan purata lima permohonan dengan ijazah atau sijil palsu setiap minggu.
Pemeriksaan pra-pekerjaan mengesan purata lima permohonan dengan ijazah atau sijil palsu setiap minggu.

PETALING JAYA: Dengan pasaran pekerjaan menjadi begitu kompetitif pada hari ini, kebanyakan pemohon menggunakan sijil diploma dan ijazah palsu selain berbohong untuk mendapatkan pekerjaan.

Sebuah syarikat khusus dalam pemeriksaan pra-pekerjaan mengesan purata lima permohonan dengan ijazah atau sijil palsu setiap minggu.

Manakala sebuah firma penyiasatan penipuan mendapati kira-kira 10% hingga 15% permohonan yang diteliti menggunakan kelayakan palsu, sebahagian daripadanya dikeluarkan oleh universiti yang tidak wujud.

Pengarah Urusan Verity Intelligence Sdn Bhd, Mark Leow Boon Kuan berkata, kebanyakan dokumen dipalsukan dengan bijak dan boleh memperdayakan sesiapa saja.

"Kira-kira 2,000 permohonan yang kami teliti setiap bulan, 20 daripadanya ditemui menggunakan ijazah dan sijil palsu. Kami berjaya mengesan 130 dokumen palsu setakat ini untuk tahun ini.

"Sebilangan besar kes melibatkan diploma dan ijazah palsu tetapi kami turut menemui sarjana dan PhD palsu. Kebanyakan pemalsuan itu dilakukan sendiri oleh pemohon," katanya.

Leow teringat kes seorang lelaki yang memalsukan Sijil Pelajaran Malaysianya (SPM).

"Ia amat lucu kerana di dalam sijilnya menyatakan dia dari sekolah perempuan," katanya.

Leow juga berkata, kira-kira 50% pemohon menipu mengenai sesuatu perkara dalam resume mereka.

Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia, Akhbar Satar turut mendapati pemohon pekerjaan menipu dalam resume mereka mengenai kelayakan, pengalaman kerja dan gaji terdahulu.

Beberapa majikan menggunakan pengesan penipuan untuk memeriksa pekerja yang berpotensi dan pada masa mengesan pemalsuan di kalangan kakitangan sedia ada.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, beberapa kes penipuan telah dibongkar apabila pekerja tersebut gagal mempamerkan kemahiran berdasarkan kelayakan sepatutnya.

Beliau berkata, pemeriksaan ijazah perlu melibatkan proses saringan lebih besar merangkumi rujukan daripada majikan terdahulu.

Sementara itu, Ketua MyStarJob.com Serm Teck Choon berkata, syarikat tersebut sedang memantau situasi itu dengan lebih dekat walaupun belum menerima sebarang aduan daripada majikan yang berdaftar dengan mereka.

"Kita menyedari isu ini dan akan bekerjasama lebih dekat dengan majikan. Kami turut mengkaji pendekatan jangka panjang untuk mengatasi isu ini," katanya.

Pengurus Negara JobStreet Malaysia, Chook Yuh Yng berkata, syarikat tersebut sedang bekerjasama dengan beberapa universiti untuk mengatasi masalah pemalsuan ijazah dan mengesahkan kelayakan pemohon pekerjaan.

Seorang pengurus jabatan sumber manusia di sebuah syarikat berkaitan kerajaan terkemuka berkata, amalan standard adalah untuk merujuk ijazah dengan kolej swasta dan universiti antarabangsa dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk menjamin ketulenannya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan