Polis Cuba Mengesan Suspek Kes Jual Ijazah Palsu

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis Selangor masih lagi menyiasat kes melibatkan institusi pendidikan yang dipercayai terlibat dengan kegiatan mejual ijazah palsu kepada ratusan orang yang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat.

Ketua Polis Negeri, Deputi Komisioner, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis telah merekodkan kenyataan daripada 48 individu berhubung kes tersebut setakat ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri pula sedang menyiasat kes tersebut sebagai kes penipuan, tambahnya.

“Kami masih lagi mencuba untuk menjejaki sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam kegiatan membeli ijazah palsu ini.

“Beberapa individu yang kami terdapat dalam senarai nama ini memberikan nombor yang boleh dihubungi palsu bagi mengelakkan diri daripada dikesan,” katanya kepad The Star.

Sebelum ini dilaporkan bahawa pengarah institusi berkenaan bersama-sama rakan subahatnya yang juga seorang wanita masing-masing berusia, 37 dan 36 tahun telah ditahan, namun mereka dibebaskan selepas diikat jamin. Suspek ditahan selepas polis menyerbu dua premis di Cheras dan Subang Jaya.

Sindiket itu dipercayai mengaut keuntungan berjumlah RM5 juta dengan menjual skrol palsu sejak sembilan tahun lalu.

Institusi berkenaan didakwa menjual skrol ijazah sarjana muda sebanyak RM6,500, peringkat sarjana RM8,500 sementara skrol doktor falsafah dijual pada harga paling tinggi iaitu, RM10, 500.

Seramai 525 orang termasuk, golongan kenamaab dipercayai membeli ijazah ini dengan cara mudah kerana mereka tidak perlu menghadiri kuliah, menduduki peperiksaan mahupun membuat kerja kursus atau pun tesis.

Awal bulan lalu, beberapa individu ditangkap kerana menjual ijazah paslu Universiti Sains Malaysia.

Suspek menawarkan ijazah palsu melalu laman sosial Facebook dan seramai 516 pelayar internet telah menandakan mereka suka dengan akaun tersebut.

Difahamkan kira-kira 20 orang telah membayar sebanyak RM4,888 setiap seorang bagi mendapatkan sijil dan skrol palsu daripada sindiket berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan