Pegawai Penyiasat Digesa Supaya Lebih Bersemangat

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pegawai penyiasat digesa supaya lebih bersemangat atau berdepan pertukaran ke tempat lain.

Itu mesej yang disampaikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin kepada para pegawainya untuk meningkatkan kadar pendakwaan kepada 25% dari 20% tahun lalu.

Bakri berkata selain membanteras jenayah, adalah penting bahawa sesiapa yang bertanggungjawab ke atas jenayah itu didakwa.

Katanya, kualiti penyiasatan diterjemahkan dalam kertas siasatan.

Namun ada yang tidak mencerminkan kelayakan akademik para pegawai yang menyediakan dokumen tersebut.

"Jika anda menjadi kurang bermutu dalam menjalankan kerja, jadi bersedialah untuk dipindahkan bagi memberi laluan kepada pegawai berkelayakan untuk mengambil alih tempat anda," katanya.

Beliau berkata, sebagai usaha untuk memperbaiki mutu kerja, pegawai penyiasat perlu memahami sepenuhnya peruntukan baru dalam undang-undang sedia ada seperti Kod Prosedur Jenayah dan Kanun Keseksaan.

Mereka juga perlu dimaklumkan dengan prosedur baru di mahkamah seperti pengurusan kes bertujuan untuk mempercepatkan proses perbicaraan kes.

Bakri berkata, kelakuan peribadi para pegawai juga amat penting.

Ia termasuk memenuhi masa temu janji dengan orang ramai.

Jelasnya, terdapat segelintir individu yang menegur Bukit Aman secara langsung kerana kecewa apabila berurusan dengan para pegawai di peringkat daerah.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan