Ops Sikap Ke-26 Dilancar Esok - Ismail Omar

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ops Sikap ke-26 yang akan dilancar pada Jumaat dilaksana dengan beberapa penambahbaikan dalam usaha mengurangkan peratusan kemalangan jalan raya pada musim perayaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata penambahbaikan itu akan diumum semasa pelancaran di Dataran Shah Alam, Selangor.

"Tunggu saja esok (Jumaat), kita akan umumkan apa pembaharuan itu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pembungkusan kuih raya oleh anggota Persatuan Keluarga Polis (Perkep), di Bukit Aman, di sini Khamis.

Sejak dilaksanakan pada 2001, Ops Sikap yang menggantikan Ops Statik memperkenalkan beberapa pembaharuan ketika pelaksanaannya seperti tindakan saman serta-merta yang dijalankan pada edisi ke-25 sempena Tahun Baru Cina.

Dalam pada itu, Ismail berkata polis juga akan melakukan beberapa pembaharuan dalam penugasan anggotanya, untuk mengurangkan kejadian jenayah ketika sambutan Aidilfitri.

"Kita akan fikirkan bagaimana untuk kurangkan jenayah pada musim perayaan ini supaya orang ramai dapat balik kampung dengan perasaan selamat dan tidak perlu bimbang dengan kejadian jenayah," katanya.

Pada majlis itu sebanyak 4,700 bungkusan yang mengandungi kuih raya dan kain pelekat disediakan oleh 200 anggota Perkep.

Sebahagian daripada bungkusan itu akan disampaikan kepada anggota polis yang bertugas pada Aidilfitri dan selebihnya kepada yang bertugas di luar negara. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan