Lembah Klang Hadapi Risiko Gangguan Tenaga Jika CAR Terus Ditangguh - TNB - Berita Semasa | mStar

Lembah Klang Hadapi Risiko Gangguan Tenaga Jika CAR Terus Ditangguh - TNB

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Selangor dan Lembah Klang berdepan risiko gangguan bekalan tenaga yang serius jika projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) terus ditangguh.

Naib Presiden (Penghantaran) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Rozimi Remeli berkata ini kerana bebanan tenaga bagi kawasan tengah Semenanjung semakin meningkat.

"Kami telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tindakan Negeri Selangor sebanyak 27 kali dan berharap kerajaan negeri membuat keputusan segera bagi memastikan infrastuktur bekalan itu disiapkan," katanya.

Projek CAR yang dimulakan pada 2005, melibatkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 60 kilometer antara Bukit Tarek di Rawang dan Kampung Chubadak, Sentul.

Projek tertangguh dengan baki jarak 1.5 kilometer di Kampung Sungai Terentang, Rawang sejak empat tahun lepas, susulan bantahan penduduk di situ.

Mengulas lanjut, Rozimi berkata TNB membelanjakan RM300 juta untuk melaksanakan grid nasional itu bagi memastikan negara, terutama kawasan Lembah Klang dan Selangor, memperoleh bekalan tenaga yang cukup.

"Ketika ini, pelabur melihat sistem bekalan tenaga elektrik yang mantap menjadi antara sebab mereka melabur di negara ini dan mereka mungkin meninggalkan negara jika bekalan sering terganggu," katanya.

Rozimi berkata pada masa yang sama TNB meneruskan usaha meningkatkan grid nasionalnya di seluruh negara.

Sebanyak RM1 bilion diperuntukkan tahun ini untuk melaksanakan infrastruktur grid nasional dan daripada jumlah itu 95 peratus sudah diguna, katanya.

Rozimi berada di sini bagi menghadiri Ihya Ramadan TNB peringkat negeri Perlis yang berlangsung malam tadi di Masjid Al-Amin, Sempering dekat sini.

Pada majlis itu juga 50 anak yatim dan penduduk miskin menerima sumbangan TNB dengan jumlah keseluruhan RM5,000. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan