Budaya Pendidikan Sepanjang Hayat Jamin Kelangsungan Kemahiran Pekerja

Diterbitkan: Khamis, 9 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat di negara ini perlu mewujudkan budaya pendidikan sepanjang hayat bagi menjamin kelangsungan terhadap pengetahuan dan kemahiran bekerja yang mereka miliki, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata selain mengambil berat dan memberi tumpuan bagi meningkat kemahiran di dalam bidang pekerjaan, pendidikan dan pengetahuan yang tinggi juga dapat membantu seseorang pekerja menjalankan tugas dengan lebih cemerlang.

Katanya rakyat khususnya golongan yang bekerja perlu melakukan perubahan dalam cara kehidupan mereka dengan mengambil berat dan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pengetahuan agar budaya pendidikan dapat diserap ke dalam masyarakat secara keseluruhannya.

"Budaya pendidikan ini dapat membantu negara mencapai taraf negara maju apabila sekurang-kurangnya 50 peratus tenaga kerja mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.

"Banyak infrastruktur yang telah disediakan oleh kerajaan dan rakyat perlu mengambil peluang untuk meneruskan pendidikan mereka ke tahap yang lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman web WorkandStudy.my di sini, Khamis.

Turut hadir Pengerusi Times Online Media Sdn Bhd Datuk Dr Arif Nun dan Naib Canselor Open University Malaysia Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali.

Subramaniam dalam masa yang sama turut mengingatkan setiap majikan agar memberi galakan kepada pekerja mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana ia mampu menyumbang kepada keuntungan untuk jangka masa panjang.

"Majikan perlu melihat kepada perkembangan pengetahuan dan kemahiran pekerja mereka...sekiranya mereka memberi peluang kepada pekerja untuk melanjutkan pelajaran, untuk jangka masa panjang ia akan memberi pulangan kerana pekerja yang mempunyai pengetahuan tinggi akan menjadi lebih produktif," katanya.

Mengulas mengenai laman web WorkandStudy.my, Subramaniam berkata ia merupakan medium secara online yang boleh digunakan oleh golongan bekerja di negara ini untuk mencari peluang bagi menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi sekaligus meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.

Laman web tersebut diilhamkan oleh Times Online Media dengan kerjasama Open University bertujuan membantu golongan bekerja melanjutkan pendidikan secara separuh masa di peringkat universiti tanpa perlu menjejaskan kerjaya mereka.

Selain memberi maklumat tentang program yang ditawarkan di Open University, laman web tersebut juga membantu golongan bekerja untuk memilih kursus yang bersesuaian dengan bidang tugas mereka agar kemahiran mereka dapat diperbaiki dan dipertingkatkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan