Sikap Pemandu Punca 70 Peratus Kemalangan Di Ibu Kota

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 70 peratus daripada kemalangan yang berlaku di ibu negara berpunca daripada sikap pemandu dan kebanyakan kemalangan pula membabitkan kenderaan berat seperti bas dan lori.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata laporan siasatan pihaknya ke atas kemalangan membabitkan kenderaan itu pula sering merumuskan kegagalan sistem brek sebagai penyebab. "Kegagalan fungsi brek pada kenderaan berat seperti bas dan lori biasanya terjadi akibat pemandu kedua-dua pengangkutan itu kurang peka atau mengambil mudah dengan condition (keadaan) kenderaan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata risiko kemalangan boleh dikurangkan jika pemilik atau pengendali kenderaan pengangkutan itu mematuhi tata cara pemeriksaan seperti menghantar kenderaan mereka ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) secara tetap bagi tempoh enam bulan sekali untuk pemeriksaan menyeluruh.

Baru-baru ini sepasang suami isteri, yang menanti kelahiran cahaya mata kedua maut selepas dirempuh sebuah bas sekolah dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Keramat di sini, dipercayai akibat kegagalan sistem brek kenderaan itu berfungsi dengan sempurna.

Kemalangan tragis pada awal pagi Rabu di Jalan 15/56 AU 3, itu melibatkan sekurang-kurangnya sembilan kenderaan iaitu dua bas, lima kereta dan dua motosikal.

Abdullah berkata sebagai antara komponen terpenting sesebuah kenderaan, penjagaan sistem brek secara berkala amat dituntut, khususnya kepada kenderaan berat yang terpaksa menempuh laluan trafik yang sesak setiap hari.

Keadaan trafik yang sesak mengundang penggunaan brek yang lebih kerap dan jika tidak diselenggara dengan sempurna, ada kemungkinan brek gagal berfungsi dengan sempurna ketika keadaan benar-benar memerlukan, katanya.

Abdullah berkata kelalaian pemandu mematuhi undang-undang jalan raya seperti memotong di garisan berkembar, memandu melebihi had laju dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu juga dikenal pasti membawa risiko kemalangan, namun statistiknya adalah kecil berbanding kegagalan fungsi brek.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) Hamzah Masri menggesa pihak berwajib supaya menitik beratkan aspek penjagaan serta penyelenggaraan semua jalan raya dengan menurap segera jalan yang rosak dan berlubang.

Beliau berkata situasi itu boleh mengundang risiko kemalangan kepada setiap pengguna jalan raya, terutamanya semasa pertambahan trafik menjelang sambutan Aidilfitri nanti. "Sesuatu kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja, oleh itu penyeliaan dari segi struktur dan keadaan jalan perlu dibuat dengan baik dengan tidak hanya tertumpu di kawasan lebuh raya sahaja," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan