PR Ada Tiga Tema Hari Kebangsaan Ibarat 'Raksasa Tiga Kepala' - KJ - Berita Semasa | mStar

PR Ada Tiga Tema Hari Kebangsaan Ibarat 'Raksasa Tiga Kepala' - KJ

Diterbitkan: Rabu, 8 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menyifatkan keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengguna pakai tiga tema Hari Kebangsaan ibarat raksasa yang mempunyai tiga kepala.

Beliau berkata, dahulu dalam tamadun Greece, terdapat cerita mengenai satu raksasa gergasi yang mempunyai satu badan dengan tiga kepala.

"Pembangkang macam gergasi inilah, ada tiga kepala. Dia tidak tahu kepala mana yang nak 'control' (kawal).

"Perkara yang mudah tentang tema kemerdekaan pun mereka (Pakatan Rakyat) menggembar-gemburkannya seolah-olah tidak terima tema daripada kerajaan dan hendak pakai mereka punya sendiri.

"Jadi mereka buat satu keputusan dengan satu tema tetapi akhirnya ada tiga tema. Itu pun tak dapat kata sepakat," katanya pada sidang media selepas melancarkan "Pasukan Siber Pemuda BN" (BNYCT) di sini, Rabu.

Beliau mengulas mengenai negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang akan menggunakan tiga tema Hari Kebangsaan yang berbeza.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, isu tema itu memberi gambaran tentang bagaimana Pakatan Rakyat akan mentadbir negara sekiranya mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Sekiranya mereka menang, beginilah cara mereka tadbir negara. Dasar lain, undang-undang pun lain.

"Mungkin di Kelantan ada hudud dan di negeri-negeri lain tiada hudud. Di Kedah ada hudud, di Pulau Pinang tidak ada hudud," katanya lagi.

Beliau menambah, ia sebenarnya merupakan satu hikmah yang menunjukkan bagaimana satu perkara mudah pun Pakatan Rakyat tidak mempunyai persepakatan untuk menyelesaikannya.

"Bagi saya, nampak sangat bahawa semangat mereka bukan untuk semangat kenegaraan tetapi untuk semangat politik parti dan politik kenegerian.

"Saya sarankan supaya (Pakatan Rakyat) tidak perlu keluarkan logo bersama kerana tema sudah berbeza," katanya.

Tema sambutan Hari Kebangsaan bagi Kelantan ialah 'Menerajui Perubahan', Kedah memilih 'Terus Berbakti' manakala Pulau Pinang dan Selangor berkongsi tema yang sama iaitu 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.

Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk menggunakan tema yang berbeza kerana tidak setuju dengan tema Hari Kebangsaan yang dipilih oleh kerajaan pusat iaitu 'Janji Ditepati'.

Dilaporkan, logo Hari Kebangsaan bagi Pakatan akan diumumkan pada Khamis manakala Kedah dan Kelantan bebas untuk membuat keputusan mengenai logo mereka sendiri dengan tema yang dipilih.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan